PASUKAN KHAS LAUT : “SENTIASA YANG TERBAIK”

Image

Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia. Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj.

Image

Lencana Trimedia PASKAL

PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas. Keanggotaan PASKAL turut diletakkan dibawah pejabat seliaan khas di Pulau Layang-Layang dibawah pengawasan kapal TLDM. Sepertimana unit elit yang lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air. Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV – Underwater Delivery Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain. Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.

Image

KATEGORI TUGAS

1. TUGAS UTAMA

a. Melaksanakan operasi lawan keganasan terhadap kapal-kapal dagang dan TLDM serta pelantar minyak.

b. Melaksanakan tugas operasi khas laut termasuk ‘Frogman’ dan serangan bawah air.

c. Melaksanakan operasi pengelidahan khas ‘Special Boarding’.

d. Melaksanakan operasi’Clandestine’ laut seperti Sabotaj ke atas kapal-kapal dan pangkalan Tentera Laut musuh.

e. Melaksanakan operasi perisikan seperti pengintipan dan pengawasan musuh.

f. Membantu pasukan-pasukan khas lain dimana perlu.

2. TUGAS TAMBAHAN

a. Membantu pasukan lain dalam operasi-operasi amfibi termasuk tinjauan dan keselamatan titik pendaratan serta sebahagian daripada gugus tugas ‘Task Force’ hadapan.

b. Menganggu garis hubungan laut (SEA-LINE-OF-COMUNICATION) dan bekalan-bekalan musuh.

c. Pembersihan dan pemusnahan segala jenis rintangan di bawah air samada semulajadi atau dibuat manusia.

3. TUGAS TETAP

Mempertahankan stesen-stesen luar pantai di pulau layang-layang, mantanani, ubi, siput dan Peninjau yang sekarang dikenali sebagai Semarang Peninjau.

4. TUGAS-TUGAS LAIN

a. Membantu badan-badan Maritim dalam operasi mencari dan menyelamat bawah air.

b. Melaksanakan latihan untuk semua tugas-tugas di atas.

SEJARAH PENUBUHAN PASKAL

PENEMPATAN AWAL

WOODLANDS SINGAPURA

Pada tanggal 25 September 1982, perjawatan Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang terdiri dari 8 Pegawai dan 87 LLP telah diluluskan dan ditubuhkan secara rasminya mulai 1 Okt 1982. Perjawatan ini telah diluluskan di dalam mesyuarat khas jawatankuasa pasukan petugas organisasi dan perjawatan (Kuasa Perjawatan FED (M) NO. 2062/1/82). Tarikh tersebut telah dipilih sebagai tarikh rasmi ulangtahun penubuhan PASKAL setiap tahun.

udara layang

GAMBAR UDARA STESYEN LAYANG-LAYANG

Justifikasi awal penubuhan PASKAL adalah untuk mempertahankan stesen luar pantai (SLP) yang kini dikenali sebagai Gugusan Semarang Peninjau (GSP) dan penguatkuasaan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia selaras dengan peta baru Malaysia. Keanggotan dan kekuatan PASKAL terus berkembang sejajar dengan tugas utama dimana PASKAL sebagai salah satu pasukan penggempur anti keganasan di laut melalui arahan Majlis Keselamatan Dalam Negara (MKN), manakala penugasan di GSP bertambah dari Stesen Lima menjangkau ke utara iaitu Stesen Uniform, Mike, Sierra dan Papa.

CHAT

Pasukan Khas Laut (PASKAL) telah diasaskan secara tidak rasmi pada tahun 1977. Ketika itu ia dikenali sebagai Unit Komando Laut TLDM yang berpangkalan di Woodland Singapura, yang mana dulunya dikenali dengan nama HMS KD PELANDOK di Kem Khatib, Sembawang, Singapura. Unit ini adalah di bawah Organisasi Rejimen Keselamatan TLDM yang kini dikenali sebagai Provos Tentera Laut (Protela). Sebagai perintis unit ini mendapat latihan asas komando di dalam dan luar negara seperti di Pusat Latihan Peperangan Khas Sungai Udang Melaka, Pusat Pendidikan KOPASKA Mariner Surabaya, Indonesia dan Royal Marine Commando, United Kingdom.

Image

KERJAYA

Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing – masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :

1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit

2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)

3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit

4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit

5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit

6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m

7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)

PASKAL telah menghantar pegawai dan anggota untuk menjalani kursus khas dengan pasukan elit Special Air Service British, NGSLO, SEALs, Submarine Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team (Australia), Sniper Supervisor (Australia), Mountain Climbing (Perancis), ASASR Australia dan sebagainya. Pada 26 Ogos 1991, Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan bagi mempertahankan pelantar minyak dan kapal-kapal dan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.

  • NGSLO
  • Submarine Escape(Australia)
  • SEALs
  • Assault Swimmer(Australia)
  • Clearance Diving Team(Australia)
  • Sniper Supervisor(Australia)
  • Mountain Climbing (Perancis)
  • Special Air Service British

Identiti PASKAL

Beret Ungu

Melambangkan identiti pasukan elit ini dan juga melambangkan hubungan persahabatan pasukan ini dengan Kor Marinir Indonesia memandangkan jalinan erat antara Malaysia dengan Indonesia adalah kukuh,

Lanyard Biru Tentera Laut

Melambangkan identiti TLDM dan juga melambangkan hubungan akrab pasukan ini dengan unit yang melatih pasukan ini, Komando Marin Diraja British,

Celoreng

Celoreng yang menjadi pakaian seragam PASKAL merupakan celoreng yang sama dipakai oleh US Navy SEALs dan juga turut merupakan hubungan baiknya dengan pasukan elit Amerika Syarikat ini kerana pasukan itu jugalah yang menjadi tunggak utama penubuhan PASKAL hingga sekarang.

Trimedia

Trimedia merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh setiap anggota PASKAL.Maksud :

1. Lambang Sayap Terjun – Berkeupayaan untuk penyusupan melalui udara

2. Lambang Jet Fin & Face Mask – Berkemampuan untuk melakukan penyusupan melalui bawah air

3. Pisau Komando – mampu melaksanakan operasi di dalam hutan.

4. Lambang Sauh – salah satu unit dalam TLDM.

Sumber: Portal Rasmi PASKAL dan Wikipedia

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s