PENGAMBILAN TERBUKA LASKAR MUDA (LELAKI/WANITA) TLDM

Kerjaya TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia dan beliawanis tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki dan wanita di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan. Continue reading

Advertisements

KD SULTAN BADLISHAH

Mawilla 3

KD SRI LANGKAWI (KDSL) yang terletak di kawasan Bukit Malut Pulau Langkawi telah ditubuhkan pada 1 Mei 07. Penubuhan unit ini  berdasarkan perjawatan FED (M) No. 2331/1/07 bertarikh 24 Apr 07 dan berkuatkuasa mulai 1 Mei 07. Nama KDSL diambil sempena nama sebuah kapal TLDM jenis Landing Ship Tank (LST) yang telah dilucutkan tauliah pada tahun 80an. KDSL beroperasi berdasarkan keanggotaan yang diperjawatkan dengan mandat sebagai sebuah unit sokongan di bawah pentadbiran Markas Wilayah Laut (MAWILLA) 3.  Unit ini berperanan dalam aspek pentadbiran, kebajikan, hal-ehwal warga TLDM di Langkawi dan bantuan logistik untuk pangkalan TLDM Langkawi. Continue reading

TINGGALAN SEJARAH DI KD SULTAN ISMAIL: THE PENGERANG COASTAL BATTERY

map_location

KD SULTAN ISMAIL merupakan sebuah pangkalan TLDM yang berfungsi sebagai pusat latihan perajurit muda yang telah dibuka pada tahun 2000 dengan nama pusat latihan rekrut TLDM(PULAREK TLDM). Pada tanggal 18 Februari 2005 PULAREK telah di tauliahkan dengan nama KD SULTAN ISMAIL (KDSI). Dengan keluasan 200 ekar, pusat latihan ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti latihan untuk Perajurit Muda TDLM. Walaupun usia penubuhan pusat latihan ini telah melebihi 10 tahun namun mungkin tidak semua rakyat mahupun anggota TLDM sendiri tahu bahawa pusat latihan ini dibina dibawah tapak tinggalan sejarah era Perang Dunia Kedua (World War II). Continue reading

PERBARISAN DIRAJA ARMADA ANTARABANGSA (INTERNATIONAL ROYAL FLEET REVIEW) PULAU PINANG 1990

Banner

Perbarisan Diraja Armada (Royal Fleet Review) adalah warisan tradisi British, yang mana Raja bertakhta memeriksa armada perang negaranya. Tradisi bermula sejak abad ke 14. King Edward III menjadi pelopor tradisi ini pada bulan Jun 1346 sebelum belayar untuk berperang dengan negara Perancis. Upacara sebegini asalnya bertujuan mengerakkan kapal untuk berperang, atau mempamerkan kekuatan (show of strength) untuk mencegah tindakan musuh. Continue reading

KEPTEN YANG DIPERTUA (CAPTAIN-IN-CHIEF) TLDM YANG KE-4

Sultan Sharafuddin

Selepas kemangkatan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj pada 21 November 2001, jawatan Kepten Yang Dipertua TLDM disandang oleh anakanda Baginda iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada tahun 2002 sehingga kini. Baginda merupakan Sultan Selangor Yang Ke-9. Continue reading

KEPTEN YANG DIPERTUA (CAPTAIN-IN-CHIEF) TLDM YANG KE-3

Image

Tarikh 26 April 1984 merupakan tarikh keramat bagi seluruh warga The Navy People kerana pada masa itulah Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah secara rasminya dilantik oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memegang jawatan Kepten Yang Dipertua TLDM. Baginda memegang jawatan tersebut  selama 17 tahun setelah Baginda mangkat pada 21 November 2001. Jawatan Kepten Yang Dipertua TLDM ini kemudiannya disandang oleh anakanda Baginda, iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Continue reading