PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA LELAKI/WANITA PSSTLDM

Image

KD SRI KLANG mempelawa Warganegara Malaysia sekitar Lembah Klang yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia (PSSTLDM).

Lokasi: KD SRI KLANG, Pangkalan TLDM Pulau Indah

Tarikh: 11 dan 12 Mei 2013

Masa : 9.00 pagi

Continue reading

PENGAMBILAN BAKAL PERAJURIT MUDA PSSTLDM

LANGKAH 1: Mendaftar Masuk

Calon-calon yang berminat untuk menyertai PSSTLDM boleh berhubung terus dengan unit-unit berhampiran atau membuat permohonan melalui borang yang disediakan oleh unit-unit PSSTLDM. Borang permohonan untuk unit KD SRI KLANG boleh dimuat turun [DI SINI]. Pastikan calon mempunyai kelayakan fizikal dan akademik yang diperlukan sebelum untuk memohon memasuki PSSTLDM. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui pos atau faksimili ke unit-unit berkenaan pada bila-bila masa. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda PSSTLDM. Calon-calon diminta supaya sentiasa berhubung dengan unit PSSTLDM atau melayari laman web rasmi (sekiranya ada) untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesi pemilihan tersebut. Alamat dan nombor telefon unit-unit PSSTLDM boleh diperolehi [DI SINI]. Pada peringkat ini, salinan dan dokumen asal seperti Sijil Lahir, Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil SPM dan sijil-sijil akademik lain hendaklah disediakan.

Continue reading

PASUKAN SIMPANAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Pasukan Simpanan Sukarela TLDM

Pasukan Simpanan Sukarela TLDM

Komitmen Anda

Walaupun seseorang itu berkhidmat hanya sebagai warga PSSTLDM, tahap komitmen yang tinggi daripadanya tetap diperlukan. Warga PSSTLDM perlu bersungguh-sungguh tentang tugas dan tanggungjawabnya sebagai warga simpanan sukarela. Mereka perlu mengikuti latihan-latihan yang dijalankan oleh unit-unit PSSTLDM atau pihak TLDM mengikut silibus atau matapelajaran yang telah ditetapkan. Ini menuntut satu pengorbanan yang sangat besar dari segi faktor masa dan keringat warga PSSTLDM itu sendiri.

Continue reading

PANJI-PANJI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Panji TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia ditubuhkan pada tahun 1934 oleh kerajaan British untuk membantu dan mempertahankan kedaulatan perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Pasukan ini diberi nama ‘Malay Section of the Royal Navy’ dan telah menjalani latihan di HMS PELANDOK, Pangkalan Tentera Laut British di Singapura. Pada tahun 1941, keanggotaan pasukan ini telah berkembang menjadi 1450 orang. Ketika Perang Dunia Kedua, mereka telah berkhidmat di bawah Panji-Panji Tentera Laut British di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Ramai antara mereka telah terkorban atau hilang dalam pertempuran.

Continue reading

Korvet?

Image

KD Kasturi, salah satu korvet Tentera Laut Diraja Malaysia

Dikatakan bahawa terma korvet digunakan pertama kali oleh Tentera Laut Perancis di era1670-an. Kapal perang jenis korvet pada awalnya adalah lebih kecil saiznya berbanding kapal jenis frigat, mempunyai daya manuver yang tinggi, bersenjata ringan tetapi lebih besar saiznya  daripada kapal peronda pantai atau kapal serangan cepat walaupun perkembangan teknologi telah menyaksikan reka bentuk korvet yang dibina hampir menyerupai kapal frigat dari segi saiz dan peranan.

Continue reading