KAPAL PENGANGKUT PESAWAT UTAMA DUNIA

Kapal-Kapal Pengangkut Pesawat Utama Dunia Mengikut Kelasnya

Kapal-Kapal Pengangkut Pesawat Utama Dunia Mengikut Kelasnya

Kapal Pengangkut Pesawat (aircraft carrier) adalah kapal perang yang memainkan peranan untuk melancar dan mendaratkan pesawat-pesawat pejuang dan helikopter. Kapal pengangkut pesawat mampu membenarkan pasukan tentera laut untuk meletakkan kuasa udara di jarak lebih jauh tanpa bergantung kepada pangkalan tempatan di darat bagi menyediakan landasan untuk kapal terbang berlepas/mendarat. Tentera laut moden, yang mengendalikan kapal sedemikian menganggap kapal pengangkut pesawat sebagai unit pusat angkatan, peranan yang sebelumnya dimainkan oleh kapal perang. Kapal pengangkut pesawat biasanya merupakan kapal terbesar dikendalikan oleh tentera laut sesebuah Negara. Amerika Syarikat memiliki kebanyakan dari kapal induk dengan lebih sedozen dalam perkhidmatan, dan kapal pengangkut pesawatnya merupakan batu asas (cornerstone) untuk menunjukkan keupayaan penonjolan kuasa Amerika Syarikat. Berikut adalah beberapa contoh kapal pengangkut pesawat utama dunia:-

1. USS Gerald R Ford (CVN 78) – Amerika Syarikat

Gambaran artis: USS Gerald Ford CVN 78

Gambaran artis: USS Gerald Ford CVN 78

Kapal pengangkut pesawat Kelas Gerald R. Ford (atau Kelas Ford) adalah sebuah kapal pengangkut pesawat super generasi terbaru milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Kapal pertama dari angkatan kapal CVN-21 akan dinamakan USS Gerald R. Ford (CVN-78). Kapal CVN-21 menggunakan reka bentuk badan yang sama seperti kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz.

Kapal pengangkut pesawat Kelas Ford akan menggabungkan ciri-ciri reka bentuk terbaru termasuk reka bentuk reaktor nuklear baru, ciri-ciri halimunan untuk mengurangkan profil dari dikesan oleh radar, manjanik elektromagnet, dan mengurangkan jumlah krew yang diperlukan. Pembinaan bermula ke atas komponen-komponen kapal ini semasa musim bunga tahun 2007 dan dijangka siap pada tahun 2015. Kapal ini akan dibina oleh Northrop Grumman Shipbuilding di Newport NewsVirginia.

2. USS Nimitz (CVN 68) – Amerika Syarikat

Merupakan salah satu kapal pengangkut pesawat terbesar didunia. Dibina oleh Newport News Shipbuilding ditauliah pada 3 Mei 1975 di Pengkalan Tentera Laut oleh Presiden Gerald Ford. Kapal ini mengambil nama Chester W. Nimitz, Komander Armada di Pasifik semasa Perang Dunia Kedua. Kapal ini adalah satu-satunya dalam kelasnya yang tidak menggunakan nama bekas presiden Amerika Syarikat sebagai nama kapal. 10 buah kapal jenis ini telah dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat setakat ini.  Kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz ini digerakkan dengan menggunakan dua reaktor nuklear dan empat reaktor turbin stim. Ia sepanjang 333 meter (1092 kaki) dan berharga sekitar 5 bilion dolar.

USS Nimitz

USS Nimitz

3. Charles De Gaulle – Perancis

Mengambil nama tokoh negara Perancis iaitu Presiden Perancis pada tahun 1890, kapal ini merupakan kapal perang terbesar di Eropah Barat dan berkuasa nuklear. Kapal ini dibina untuk mengantikan Foch R99 iaitu kapal pengangkut pesawat konvensional Tentera Laut Perancis pada tahun 2001.

Charles De Gaulle R91

Charles De Gaulle R91

4. Queen Elizabeth – United Kingdom

Merupakan kapal terbesar pernah dibina untuk Tentera Laut British. Pembinaan kapal ini telah bermula sejak tahun 2009. Kapal ini dibina mengikut 9 bahagian dari 6 buah limbungan di United Kingdom. Mengikut perancangan, 2 buah kapal dari kelas ini akan dibina iaitu HMS Queen Elizabeth dan HMS Prince Of Walse.

Gambaran Artis: HMS Queen Elizabeth

Gambaran Artis: HMS Queen Elizabeth

5. Kuznetsov – Rusia

Admiral Flota Sovetskogo Soyuza Kuznetsov (asalnya dinamakan sebagai Riga, dinamakan semula Leonid Brezhnev kemudianTbilisi) merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat berkhidmat sebagai kapal armada di dalam Tentera Laut Rusia. Ia pada awalnya ditauliahkan di dalam Tentera Laut Soviet, dan bertujuan untuk menjadi kapal pertama di dalam kelasnya, tetapi kemudian menjadi satu-satunya kapal di dalam kelasnya.Varyag  kapal kedua yang dibina tidak pernah ditauliahkan dan telah dijual kepada Republik Rakyat China oleh Ukraine dengan syarat kapal ini tidak akan sekali-kali akan disiapkan untuk pertempuran. Kuznetsov dinamakan sempena Laksama Armada Kesatuan Soviet Nikolai Gerasimovich Kuznetsov.

Kuznetsov

Kuznetsov

6. Sou Paulo – Brazil

Sao Paulo A12

Sao Paulo A12

7. Liaoning – China

Liaoning

Liaoning

8. INS Virkamaditya – India

INS Vikramaditya

INS Vikramaditya

9. INS Vikrant – India

INS Vikran

INS Vikran

10. Malaysia?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s