PENGAMBILAN BAKAL PERAJURIT MUDA PSSTLDM

LANGKAH 1: Mendaftar Masuk

Calon-calon yang berminat untuk menyertai PSSTLDM boleh berhubung terus dengan unit-unit berhampiran atau membuat permohonan melalui borang yang disediakan oleh unit-unit PSSTLDM. Borang permohonan untuk unit KD SRI KLANG boleh dimuat turun [DI SINI]. Pastikan calon mempunyai kelayakan fizikal dan akademik yang diperlukan sebelum untuk memohon memasuki PSSTLDM. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui pos atau faksimili ke unit-unit berkenaan pada bila-bila masa. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda PSSTLDM. Calon-calon diminta supaya sentiasa berhubung dengan unit PSSTLDM atau melayari laman web rasmi (sekiranya ada) untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesi pemilihan tersebut. Alamat dan nombor telefon unit-unit PSSTLDM boleh diperolehi [DI SINI]. Pada peringkat ini, salinan dan dokumen asal seperti Sijil Lahir, Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil SPM dan sijil-sijil akademik lain hendaklah disediakan.

LANGKAH 2: Sesi Pemilihan Awal

Ujian Kecergasan akan dilaksanakan semasa Sesi Pemilihan Awal Bakal Perajurit Muda PSSTLDM yang akan diadakan sekali pada setiap tahun. Sesi ini akan dijalankan dan dikelolakan oleh unit-unit PSSTLDM sendiri. Tarikh pemilihan ini juga berbeza diantara satu unit dengan unit yang lain. Kebiasaannya sesi ini dijalankan pada bulan seawal bulan April dan Mei setiap tahun.

Antara contoh-contoh ujian kecergasan yang akan dijalankan adalah seperti berikut:-

  1. Larian sejauh 2.4 kilometer. Kelayakan masa yang diperlukan ialah kurang 12 minit.
  2. Bangkit tubi (Sit up). Kelayakan diperlukan adalah sebanyak 50 kali dalam masa 2 minit bagi lelaki manakala bagi wanita sebanyak 43 kali.
  3. Tekan Tubi (Push up). Kelayakan diperlukan ialah sebanyak 50 kali dalam masa 2 minit bagi lelaki manakal bagi wanita sebanyak 43 kali.
Ujian Bangkit Tubi.

Ujian Bangkit Tubi.

Sebelum menjalani ujian kecergasan, calon-calon akan menjalani pemeriksaan kesihatan ringkas termasuk ukuran berat badan serta ketinggian calon oleh pegawai perubatan.

Calon-calon digalakkan supaya melakukan persediaan awal dengan bersenam dan meningkatkan kecergasan sebelum menjalani sesi  ini. Kebanyakan calon-calon yang gagal adalah disebabkan tidak bersedia dari segi fizikal.

 

Ujian Kawad

Ujian Kawad

LANGKAH 3: Pemeriksaan Kesihatan

Calon-calon yang lulus sesi pemilihan awal akan dimaklumkan melalui telefon untuk menjalani fasa seterusnya iaitu pemeriksaan kesihatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) atau Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT).

LANGKAH 4: Temuduga Awal 

Calon yang lulus ujian kesihatan akan menjalani sesi temuduga awal yang dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah atau Pegawai Staf unit PSSTLDM tersebut. Hanya calon yang layak dan menepati syarat dan kriteria Perajurit Muda PSSTLDM akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya.

Gambar Hiasan: Sesi Temuduga Akhir

Gambar Hiasan: Sesi Temuduga Akhir

LANGKAH 5: Temuduga Akhir

Calon-calon yang telah disokong oleh panel penemuduga semasa sesi temuduga awal layak untuk sesi temuduga akhir. Calon-calon yang lulus akan dimaklumkan melalui telefon atau surat oleh unit PSSTLDM berkenaan.

LANGKAH 6: Kemasukan

Calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat akan dipertimbangkan untuk masuk ke dalam PSSTLDM. Proses kemasukan ini kebiasaannya mengambil masa 1-2 bulan bergantung kepada keadaan semasa. Latar belakang calon-calon yang telah lulus sesi temuduga akhir akan diperiksa oleh pihak TLDM. Calon-calon yang mempunyai rekod jenayah lampau akan ditolak serta-merta.

 

Leave a comment