PASUKAN KHAS LAUT : “SENTIASA YANG TERBAIK”

Image

Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia. Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. Continue reading

LAWATAN MUHIBAH EMPAT KAPAL TENTERA LAUT INDIA

8745903713_c6f96544d9_c

PELABUHAN KLANG, 25 Mei (Bernama) — Empat buah kapal Tentera Laut India dari Armada Timur yang ditugaskan ke Laut China Selatan dan Pasifik Barat berlabuh di sini.

Kapal-kapal itu Frigat Satpura, Pemusnah Ranvijay, Korvet Kirch dan kapal tangki Shankti yang membawa kira-kira 800 orang kru sedang mengadakan lawatan muhibah antara pertengahan Mei dan Jun.

Continue reading

KAPAL LATIHAN TLDM: KD GAGAH SAMUDERA

Untitled
KD GAGAH SAMUDERA  adalah sebuah aset terbaru di dalam flotila TLDM dan merupakan kapal yang pertama dibina bagi memenuhi keperluan latihan seluruh warga TLDM.Upacara Penamaan dan Pelancaran kapal latihan GAGAH SAMUDERA ini telah disempurnakan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd Sijangkang pada 14 Dis 12 lalu.

KANUN DAN AKTA YANG BERKAITAN DENGAN KESALAHAN-KESALAHAN TERHADAP PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Jata Negara

1. KANUN KESIKSAAN (N.M.B Bab 45)

Seksyen 140. Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

Continue reading

STESEN LIMA TLDM PULAU LAYANG-LAYANG

Image

Pulau Layang-Layang (Ehsan http://www.mydreamholidayresort.info)

Setelah meletusnya konflik ketenteraan di antara negara China dan Vietnam pada Januari 1974 di Gugusan Paracels, China secara terang-terangan menuntut keseluruhan Laut China Selatan sebagai perairan yang berada di bawah takluk dan penguasaannya. Lanjutan daripada perkara tersebut, Vietnam bertegas mempertahankan Gugusan Paracels dengan alasan gugusan tersebut telah berkurun-kurun di bawah kedaulatannya. Konflik ini secara langsung telah membuka mata negara lain yang bersempadan Laut China Selatan untuk membuat tuntutan dan penempatan di terumbu berkenaan termasuklah Malaysia. Continue reading