UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

palestin_stone

Apakah itu UUKA?

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah satu badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata dan kaedah peperangan. Ia melindungi mereka yang tidak, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam pertempuran. UUKA bertujuan untuk melindungi maruah manusia dan menghadkan penderitaan semasa peperangan. Ianya juga dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata.

Mengapakah UUKA penting?

UUKA adalah salah satu undang-undang yang paling penting yang dimiliki oleh masyarakat antarabangsa bagi menjamin keselamatan dan maruah manusia semasa perang. Ianya bertujuan memelihara satu tahap kemanusiaan yang tertentu, dengan berpandukan prinsip bahawa peperangan juga ada hadnya.

Bilakah UUKA digunapakai?

UUKA melibatkan dua keadaan:

>konflik bersenjata antarabangsa (seperti konflik yang melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara)

>konflik bersenjata yang tercetus dalam sebuah negara (seperti konflik antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak)

UUKA digunapakai ke atas semua pihak yang bersengketa, tanpa mengambil kira pihak mana yang memulakannya.

Siapakah yang dilindungi oleh UUKA?

UUKA melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran, contohnya seperti:

>orang awam

>anggota perubatan dan kor agama angkatan tentera

>mereka yang tidak lagi terlibat di dalam pertempuran, contohnya penempur yang cedera, karam atau sakit

>tawanan perang

Terdapat juga peraturan-peraturan khas yang melindungi wanita dan kanak-kanak yang selalunya mudah menjadi mangsa semasa peperangan.

Bagaimanakah UUKA melindungi?

UUKA menghadkan penggunaan jenis senjata yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar dan tidak membezakan antara penempur dan orang awam.

>membezakan antara penempur dan orang awam, serta tidak menyerang orang awam.

>membantu mereka yang cedera dan sakit, serta melindungi anggota perubatan.

>memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam dengan membenarkan perwakilan ICRC melawat mereka.

Apakah peranan ICRC?

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) berperanan sebagai ‘penjaga’ UUKA yang menjalankan aktivitinya berasaskan empat Konvensyen Geneva 1949 dan dua Protokol Tambahan 1977. Konvesyen dan Protokol Tambahan tersebut memberi hak kepada ICRC untuk menjalankan aktivitinya seperti memberi bantuan kepada tentera yang cedera, sakit atau karam semasa konflik, melawat tawanan perang, menolong orang awam dan memastikan bahawa mereka yang dilindungi oleh UUKA diberi layanan sewajarnya.

 

Muaturun risalah

Undang-Undang Konflik Bersenjata

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s