Sejarah KD SRI KLANG

kdsk

Pada asalnya merupakan ibu pejabat Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaya yang kemudiannya menjadi sebuah unit dan diberikan nama KD SRI KLANG. Pada awalnya bertapak di Masjid Negara Kuala Lumpur pada tahun 1954, sebelum berpindah ke Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 1957. Apabila Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditubuhkan pada 1963, maka pasukan simpanan tentera laut dikenali sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia(PSSTLDM) sehingga kini.

Logo KD SRI KLANG

Logo KD SRI KLANG

Untuk pengetahuan umum, walaupun pada awalnya bertapak di Masjid Negara Kuala Lumpur ditengah ibukota, penamaan KD SRI KLANG sebenarnya berdasarkan kedudukan unit ini di kawasan Lembah Klang. Malah, unit ini mempunyai sebuah kapalnya sendiri yang berlabuh di kawasan Pelabuhan Klang.

Ditauliahkan pada 2 Disember 1977. Perasmiannya telah dilakukan oleh Panglima Tentera Laut ketika itu Laksamana Muda Dato Mohd Zain Bin Md Salleh. Setelah 20 tahun berada di Jalan Ampang, KD SRI KLANG berpindah pula ke Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Secara keseluruhan, sepanjang lebih separuh abad kewujudannya berfungsi sebagai ibu pejabat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya dan telah mengasaskan PSSTLDM.

KD SRI KLANG ketika di Jalan Semarak, Kuala Lumpur

KD SRI KLANG ketika di Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Sejajar dengan penyusunan dan perkembangan TLDM, bangunan baru untuk KD SRI KLANG telah dibina di Pulau Indah, Klang Selangor pada 15 April 2003 dan siap pada 14 Oktober 2005. Gabungan Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan unit PSSTLDM ini telah dirasmikan oleh Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 19 Disember 2006 dengan nama KD Sultan Abdul Aziz Shah. Pangkalan ini mempunyai keperluan yang bersesuaian dengan kehendak TLDM serta dilengkapi dengan kemudahan yang serba moden dan berketrampilan, setaraf dengan negara membangun lain.

Papan tanda sementara

Papan tanda sementara

Bangunan KD SRI KLANG semasa dalam proses permbinaan

Bangunan KD SRI KLANG semasa dalam proses pembinaan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s