STESEN LIMA TLDM PULAU LAYANG-LAYANG

Image

Pulau Layang-Layang (Ehsan http://www.mydreamholidayresort.info)

Setelah meletusnya konflik ketenteraan di antara negara China dan Vietnam pada Januari 1974 di Gugusan Paracels, China secara terang-terangan menuntut keseluruhan Laut China Selatan sebagai perairan yang berada di bawah takluk dan penguasaannya. Lanjutan daripada perkara tersebut, Vietnam bertegas mempertahankan Gugusan Paracels dengan alasan gugusan tersebut telah berkurun-kurun di bawah kedaulatannya. Konflik ini secara langsung telah membuka mata negara lain yang bersempadan Laut China Selatan untuk membuat tuntutan dan penempatan di terumbu berkenaan termasuklah Malaysia.

Pulau Layang-Layang semasa fasa awal

Laut China Selatan merupakan laluan perhubungan antara Lautan Pasifik di timur dan Lautan Hindi di barat. Keindahan dasar lautnya yang diiktiraf antara 10 yang tercantik di dunia juga antara faktor perairan ini menjadi rebutan. Ini jelas dengan penempatan yang dibuat oleh Filipina di Terumbu Laksamana yang terletak hanya 26 batu nautika timur laut Terumbu Peninjau dan penempatan Vietnam di Terumbu Perahu yang terletak hanya 35 batu nautika barat laut Terumbu Mantanani. Terumbu lain yang berdekatan ialah Pulau Kecil Amboyna dan Terumbu Cornwalis yang diduduki oleh Vietnam.

SEJARAH AWAL

Berikutan pengisytiharan perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) pada 20 Sep 79, kabinet telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang berada dalam lingkungan ZEE Malaysia bagi mengukuhkan tuntutan Malaysia di Perairan Spratly. Melalui keputusan dan arahan kabinet, kajian terperinci telah dilakukan oleh Rejimen Jurutera Tentera Darat yang mendapati sebahagian sahaja terumbu berada dalam kawasan ZEE yang sesuai untuk didirikan tugu sebagai penanda dan penempatan.

Antaranya ialah Terumbu Layang-Layang (Stesen LIMA TLDM) yang kini lebih dikenali sebagai Pulau Layang-Layang. Pembinaan tugu bermula pada 21 Jun 80, manakala penempatan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM pada Mei 1983. Pada awal penubuhan penempatan TLDM di Terumbu Layang-Layang pada tahun 1989, kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu ini perlu dimajukan sebagai pusat pelancongan seiring dengan kerja-kerja pembangunan ke atas penempatan TLDM.

Penempatan awal Pasukan Khas Laut TLDM di Pulau Layang-Layang (Sumber Gambar: navythebest.blogspot.com)

Penempatan awal Pasukan Khas Laut TLDM di Pulau Layang-Layang (Sumber Gambar: navythebest.blogspot.com)

Stesen LIMA TLDM yang dibina di Pulau Layang-Layang terletak kira-kira 156 batu nautika barat laut Kota Kinabalu. Ia dibina dengan menambak kawasan terumbu karang. Pada Mei 1983, masih tidak terdapat sebarang infrastruktur di sana dan kumpulan pertama seramai 11 orang anggota PASKAL, termasuk Lt Johari bin Ramzan TLDM mendarat serta menduduki Terumbu Layang-Layang (TLL) secara tetap. Pegawai TLDM yang ditugaskan ketika itu ialah Leftenan Nasaruddin bin Othman TLDM dan Leftenan Johari bin Ramzan TLDM.

Stesen LIMA TLDM dalam pembinaan

Helikopter Nuri Mendarat Di Stesen LIMA TLDM

Dua buah bangunan baru untuk penempatan anggota TLDM telah dibina pada tahun 1995 setelah terumbu ditambak sepenuhnya dengan pasir dan konkrit. Pada tahun 1995 Stesen LIMA TLDM telah dirasmikan oleh Perdana Menteri iaitu YAB Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamed.

Stesen LIMA TLDM Dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamed

VISI

Sebuah organisasi berintegrasi, komited dan berpandangan jauh yang sentiasa berusaha kearah peningkatan kualiti, pengurusan sumber dan teknologi secara jimat dalam mengoperasikan aset.

MISI

Mempertahankan terumbu layang-layang sehingga ketitisan darah terakhir.

FUNGSI DAN PERANAN

  • Sebuah pasukan barisan hadapan pertahanan maritim negara yang berperanan dan bertanggungjawab memelihara kedaulatan, keselamatan perairan dari sebarang ancaman dan pencerobohan pihak musuh.
  • Pengawasan keselamatan dan kepentingan strategik negara.
  • Pengawasan dan keselamatan kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan pelantar benua negara.
  • Mengimplementasikan dasar dan posisi serta plan kontingensi Stesen GSP TLDM sesuai dengan arahan pihak atasan.
  • Memastikan status aset TLDM di semua stesen berada di tahap pengoperasian yang tinggi.

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

  • Terusan Pulau Layang-Layang yang dibina pada Oktober 1986, berukuran 300 meter panjang, 65 meter lebar dengan kedalaman 5.5 meter.
  • Jeti yang dibina oleh Syarikat Malaysian Shipping Engineering Corporation (MSE) pada tahun 1989.
  • Resort Pulau Layang-Layang yang dibina oleh YTL telah siap pada Oktober 1989. Resort dilengkapi dengan 78 buah bilik termasuk bilik kediaman VIP, kafeteria, dan kolam renang.
  • Landasan kapal terbang sepanjang 1067 meter siap dibina pada 12 Nov 92 bagi memudahkan pesawat ringan tentera dan pesawat kepunyaan resort mendarat di Pulau Layang-Layang. Panjang landasan ini dinaiktaraf kepada 1367 meter oleh Syarikat SIN MATU Sdn. Bhd. pada 3 Sep 01 dan siap sepenuhnya pada 20 Jul 03.
  • Dua buah blok kediaman.
  • Dua buah hangar.
  • Sebuah ruangan jentera dilengkapi 3 buah janakuasa dan 2 sistem pembuat air tawar.
  • Sebuah kincir angin bertujuan menjanakan kuasa elektrik. Ia dapat menjana kuasa elektrik apabila kelajuan angin 30 batu nautika sejam.
  • Kelengkapan pertahanan permukaan jarak sederhana dan pertahanan udara iaitu Starbust.
  • Radar pengawasan jarak sederhana iaitu radar Kelvin Hughes (KH 1007).
  • Sebuah menara pemerhati.
  • Sebuah bot tempur CB 90H, 3 buah Rigid Inflatable Riding Craft dan 2 buah Assault Boat.
  • Peralatan perhubungan seperti UHF, VHF dan HF.

Menara Utama Stesen LIMA TLDM

Menara Utama Stesen LIMA TLDM

SENARAI NAMA PEGAWAI MEMERINTAH

Siri

No. Tentera

Pangkat

Nama

Mula

Hingga

(a) (b) (c) (d) (e) (f)
1. N/401276 Lt TLDM   Sivarajah a/l  Khatiravelu 6 Mei 85 30 Jun 87
2. N/401571 Lt TLDM   Che Adhanan bin Awang 1 Jul 87 4 Sep 88
3. N/401350 P/Lt Kdr TLDM   Ong Aun Khiang 5 Sep 88 20 Mac 90
4. N/401593 Lt TLDM   Abdullah bin Sukran 21 Mac 90 3 Apr 91
5. N/401561 Lt TLDM   Saadon bin Bidin 4 Apr 91 8 Ogos 93
6. N/402192 Lt Kdr TLDM   Hadib bin Abd Wahab 9 Ogos 93 5 Ogos 94
7. N/401781 Lt Kdr TLDM   Roslan bin Abd Rani 6 Ogos 94 27 Apr 95
8. N/402155 Lt TLDM   Mohd Isnin bin Ismail 28 Apr 95 29 Jan 97
9. N/402271 Lt TLDM   Mohd Haroman bin Mohd Jantan 30 Jan 97 19 Ogos 98
10. N/402593 Lt TLDM   Zamri bin Hussin 20 Ogos 98 22 Okt 2000
11. N/402589 Lt TLDM   Ismail bin Md Hashim 23 Okt 2000 26 Jan 03
12. N/402810 Lt TLDM   Fezal bin Omar 27 Jan 03 30 Dis 04
13. N/402786 Lt TLDM   Simon Templer Lo a/k Tusa 31 Dis 04 20 Jan 06
14. N/402909 Lt TLDM   Hurtono a/k Santoi 21 Jan 06 4 Apr 07
15. N/403494 Lt TLDM   Mohd Khairunislah bin Ahmad 5 Apr 07 1 Jun 08
16. N/403623 Lt TLDM  Arwinderjit Singh a/l Shabag Singh 2 Jun 08 25 Jul 10
17. N/404090 Lt TLDM   Anis bin Abd Khakim 26 Jul 10 5 Jun 11
18. N/404255 Lt TLDM   Mohd Zarif bin Hassan 6 Jun 11 12 Jun 12
19. N/404404 Lt TLDM   Khairul Nizam bin Abdul Karim 13 Jun 12 Sekarang

Sumber: Portal Rasmi TLDM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s