KAPAL LATIHAN TLDM: KD GAGAH SAMUDERA

Untitled
KD GAGAH SAMUDERA  adalah sebuah aset terbaru di dalam flotila TLDM dan merupakan kapal yang pertama dibina bagi memenuhi keperluan latihan seluruh warga TLDM.Upacara Penamaan dan Pelancaran kapal latihan GAGAH SAMUDERA ini telah disempurnakan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd Sijangkang pada 14 Dis 12 lalu.
Pemilihan nama GAGAH SAMUDERA merupakan kesinambungan dari Kapal Layar Diraja (KLD) TUNAS SAMUDERA di mana ‘SAMUDERA’ merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM. KD GAGAH SAMUDERA mempunyai spesifikasi 75.9 meter panjang. Ia turut dilengkapi dengan fasilitasi pendaratan helikopter. Kapal ini mempunyai berat 1,366 tan metrik serta mampu beroperasi sejauh 2500 batu nautika tanpa henti atau selama 21 hari di laut sebelum ulang bekal dilaksanakan.  Kapal Latihan ini juga bakal dikendali oleh 45 orang krew dan mampu menampung seramai 60 pelatih pada setiap kali pelayaran.  Istimewanya, kapal latihan ini turut dilengkapi sistem kombat, radar, peralatan navigasi dan komunikasi serta senjata jarak dekat yang bukan sahaja akan dijadikan platform latihan di laut malahan boleh melaksanakan tugas operasi terhad pada sebilang masa apabila diperlukan.
 e0ab659328ac6a4e4e9a063b55efff01_L
KD GAGAH SAMUDERA telah berjaya dibina dengan usaha sama sebuah syarikat tempatan NGV Tech Sdn. Bhd. dengan Syarikat Daewoo Shipbuilding Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan. Kejayaan pembinaan kapal ini telah membuktikan bahawa syarikat tempatan juga berupaya untuk menguasai kemahiran pembinaan kapal yang berteknologi tinggi serta mampu merealisasikan aspirasi kerajaan untuk membangunkan industri maritim negara. Dalam pada itu, kehadiran kapal latihan ini juga dilihat berupaya memperkasakan latihan dan kemahiran serta kecekapan the Navy People dalam mengendalikan operasi armada TLDM. Latihan di laut yang bakal ditempuhi juga membuktikan bahawa TLDM sentiasa melaksanakan pembaharuan dan  penambahbaikan terhadap aset sedia ada serta mutu kerja the Navy People agar lebih efisyen seiring dengan visi TLDM iaitu Menjadi Tentera Laut Bertaraf Dunia.
RMNTRV
Penerangan Logo
Logo

Logo

  • SAUH – Lambang rasmi bagi TLDM yang bermaksud penyatuan dan kerjasama di kalangan anggota-anggota yang bersemangat waja dan kental dalam menghadapi apa jua cabaran.
  • OBOR – Melambangkan cahaya yang menerangi atau penyuluh hidup. Ia bermaksud Unit dapat mencurahkan pengalaman yang bermanfaat dan berguna kepada setiap anggota dalam organisasi.
  • PEDANG – Pedang secara amnya melambangkan kekuatan, kepimpinan, kesetiaan dan keberanian.
  • BOATSWAIN’S CALL – Sejenis alat tiupan tradisi yang hanya digunakan dalam Tentera Laut membawa maksud disiplin dan ketepatan masa yang diterapkan di dalam diri setiap anggota.
  • JALUR OMBAK – Kesinambungan latihan di laut yang akan diberikan oleh kapal demi melengkapkan latihan di pusat latihan.
83b3895b54f657e7ffea33c4d7575625_view
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
gagah samudera
Untuk makluman lanjut mengenai kapal ini, sila layari Blog Rasmi KD GAGAH SAMUDERA.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s