LAWATAN MUHIBAH EMPAT KAPAL TENTERA LAUT INDIA

8745903713_c6f96544d9_c

PELABUHAN KLANG, 25 Mei (Bernama) — Empat buah kapal Tentera Laut India dari Armada Timur yang ditugaskan ke Laut China Selatan dan Pasifik Barat berlabuh di sini.

Kapal-kapal itu Frigat Satpura, Pemusnah Ranvijay, Korvet Kirch dan kapal tangki Shankti yang membawa kira-kira 800 orang kru sedang mengadakan lawatan muhibah antara pertengahan Mei dan Jun.

120412-N-ZF681-000

Frigat INS Satpura F48

Mereka akan menuju Vietnam sebelum singgah di destinasi terakhir Filipina.

Satu majlis jamuan malam akan diadakan di salah sebuah kapal itu untuk pegawai tinggi kedutaan India dan Malaysia pada Isnin.

Pegawai Pemerintah armada tersebut, Laksamana Muda P. Ajit Kumar yang mengetuai armada India ke Malaysia buat kali kedua berkata beliau mahu meningkatkan kerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Beliau berkata satu bentuk latihan bersama ‘Passage Exercise’ telah dirancang dengan TLDM yang dapat meningkat keamanan dan keselamatan maritim di rantau ini.

INS Ranvijay

Pemusnah INS Ranvijay D55

Korvet INS Kirch

Korvet INS Kirch P62

“Bentuk latihan ini mengandungi latihan peperangan konvensional dan kerjasama tindakan kenteraan terhadap ancaman bukan konvensional,” katanya kepada pemberita di atas salah sebuah kapal tersebut.

Ajit berkata persinggahan selama lima hari itu turut mengandungi beberapa program bersama TLDM.

INS Shankti A57

INK Shankti A57

Sumber: BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s