Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD)

Image

Pasukan 8 RAMD telah ditubuhkan di Kementerian Pertahanan pada 23 Julai 1962 dan merupakan batalion kedua yang ditubuhkan diluar Port Dickson iaitu di Tapah, Perak. Objektif penubuhannya adalah untuk memperkasa kekuatan pertahanan dan mengekalkan keselamatan negara. Tambahan pula negara ketika itu masih dihantui oleh hambatan keselamatan selepas tamat darurat pertama pada tahun 1960. Penempatan (kem) yang pertama adalah di Kem Bukit Temoh, Tapah, Perak. Sejak ditubuhkan, batalion ini telah diperintah oleh Pegawai Memerintah seramai 24 orang. Pegawai Memerintah yang pertama iaitu Lt Kol Othman bin Ibrahim telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah pertama. Batalion ini merupakan batalion pertama yang ditubuhkan dan diperintah oleh anak-anak melayu. Seramai 18 SMR telah dan sedang berkhidmat dipasukan ini dimana Sarjan Mejar Rejimen pertama adalah 2919 PW I Mahat bin Rahman.

Pembentukan pasukan secara menyeluruh telah mengambil masa selama lebih kurang 6 tahun iaitu dari 11 Mac 1963 hingga 1 jun 1968. walaupun masa yang diambil agak panjang, tetapi hasilnya begitu membanggakan kerana pasukan ini terbentuk dari gabungan anak watan di kalangan batalion Askar Melayu yang telah berjasa. Asas pembentukan 8 RAMD adalah rangkuman penggabungan kompeni-kompeni dari pasukan 2 RAMD, 4 RAMD dan 7 RAMD. Setelah 45 tahun penubuhannya, 8 RAMD telah ditempatkan di negeri Perak, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Melaka, Pahang dan Singapura.

Image

Gambar Hiasan

Sejak bulan November 1995, 8 RAMD berpengkalan di Kem Lipis, Kuala Lipis, Pahang. Keberadaan 8 RAMD di Kuala Lipis adalah kali kedua di pahang. Selepas kali pertama ditempatkan di Kem Bentong pada tahun 1981 hingga 1990. Ironinya, dua kali penugasan tersebut merangkumi 22 tahun perkhidmatannya di bawah pemerintahan Briged ke-11 Infantri Malaysia yang berada di Sungai Buluh, Selangor. Masa yang sama, pasukan diletakan di bawah pemerintahan Briged Ke-4 Infantri Mekanis bagi tugas bencana alam dan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM).

Sejak penubuhannya, batalion telah terlibat didalam operasi menentang PGK dan terlibat di zaman konfrantasi. Pasukan adalah afiliasi dengan Batalion 9 RAR Australia semasa zaman konfrantasi walaubagaimanapun batalion tersebut telah dibubarkan pada 1997 dan dijadikan pasukan simpanan Tentera Australia.

Image

Gambar Hiasan

Cogan Kata

Pasukan 8 RAMD menggunakan cogan kata ’PANTANG UNDUR’. Perkataan tersebut telah menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada semua anggota yang pernah menjadi warga pasukan. PANTANG UNDUR melambangkan kecekalan dan semangat juang yang tinggi di kalangan anggotanya. Ia juga mencerminkan kesediaan dan kesanggupan setiap anggota pasukan untuk berkorban demi kepentingan agama, bangsa dan kedaulatan serta kesucian tanah air tercinta.

 

PENGENALAN PASUKAN

Warna Pasukan

Warna pengenalan pasukan adalah MERAH HITAM MERAH.

Warna tersebut mempunyai makna-makna berikut:

Merah. Melambangkan semangat keberanian, daya juang yang tinggi dan semangat setia kawan yang tidak berbelah bahagi di dalam jiwa dan sanubari anggota-anggota pasukan.

Hitam. Melambangkan kegigihan, kecekalan dan tekad yang padu dalam mengharungi dan menjayakan misi penugasan pasukan.

 

Ragaan Pasukan

Ragaan utama (center piece) 8 RAMD adalah Rusa Sarawak yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1974 dan diterima oleh Lt Kol Ali bin Dollah selaku Pegawai Memerintah pada masa itu bagi mengenang jasa batalion yang telah berkhidmat sebanyak tiga kali bermula pada tahun 1966 dan terakhir pada tahun 1974. Ia juga bagi mengenang jasa batalion ini yang telah berjaya membunuh seramai 31 PGK dan menawan 21 PGK yang lain sepanjang tempoh perkhidmatan pasukan di Negeri Sarawak. Ragaan utama Rusa Sarawak ini dibuat daripada stainless steel dan beratnya 3.5 kg. Nilainya dianggarkan RM 3,000.00 dan disimpan di Wisma Perwira 8 RAMD sebagai lambang kebanggaan seluruh warga batalion. Arca seekor rusa adalah melambangkan kepintaran dan ketangkasan pasukan 8 RAMD semasa menjalankan tugas yang diamanahkan terutamanya semasa operasi menentang pengganas komunis.

Image

Gambar Hiasan

Lagu Pasukan

Pasukan menggunakan lagu ’Pahlawan Lapan Melayu’. Ianya dicipta dan digubah oleh Kapt Hassan ASDM, AMN, bekas Pengarah Muzik Pancaragam Pusat RAMD pada tahun 1968. Lagu pasukan ini tidak pernah ditukar seni katanya sejak ia mula dinyanyikan hingga sekarang. Lagu ini berkumandang setiap hari di pasukan dalam apa jua aktiviti pasukan sama perbarisan harian, semasa latihan dan ketika berlangsung aktiviti rejimental. Mesej lagu ’Pahlawan Lapan Melayu’ adalah kepada perjuangan untuk negara sehingga ke titisan darah yang terakhir. Selain itu, ianya menuntut pengorbanan dari setiap anggotanya atas nama pasukan.

Pahlawan Lapan Melayu

Pahlawan Lapan Melayu

Berjuang Lah Berjuang

Untuk Pertahankan Ibu Pertiwi

Berjuang Lah Berjuang

Bujur Lalu Melintang Patah

Lapan Melayu Takkan Undur

Relaku Korbankan Jiwa.

Bujur Lalu Melintang Patah

Lapan Melayu Takkan Undur

Mengalir Darah Ku Ke Bumi

Berjuang Sampai Mati

 

PENEMPATAN PASUKAN

Kementerian Pertahanan – Jul 1962 – Okt 1962

Kem Bukit Temoh, Tapah, Perak – Okt 1962 – Dis 1963

Kem Lapangan Terbang, Sandakan, Sabah – Jan 1964 – Ogos 1964

Kem Ulu Pandan, Singapura – Sep 1964 – Apr 1965

Kem Kukusan, Tawau, Sabah – Mei 1965 – Jul 1965

Kem Bukit Temoh, Tapah, Perak – Julai 1965 – Jul 1966

Kem Balai Ringin, Serian, Sarawak – Ogos 1966 – Sep 1967

Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur – Okt 1967 – Jan 1969

Kem Semenggo, Kuching, Sarawak – Feb 1969 – Nov 1972

Kem Terendak, Melaka – Dis 1972 – Ogos 1973

Kem Tasik Emas, Bau, Sarawak – Sep 1973 – Ogos 1974

Kem Terendak, Melaka – Sep 1974 – Nov 1979

Kem Kukusan, Tawau, Sabah – Nov 1979 – Nov 1981

Kem Bentong, Pahang – Dis 1981 – Nov 1990

Kem Semenggo, Kuching, Sarawak – Dis 1990 – Nov 1995

Kem Lipis, Kuala Lipis, Pahang – Nov 1995 – Sekarang

 

PEGAWAI MEMERINTAH DAN SMR PASUKAN

Pegawai Memerintah

Lt Kol Othman bin Ibrahim 01 Okt 1962 – 01 Okt 1964

Lt Kol Sany bin Abd Ghafar 02 Okt 1964 – 02 Dis 1964

Lt Kol Jaafar bin Sidek 03 Dis 1964 – 03 Ogos 1967

Lt Kol Adnan bin Ali 04 Ogos 1967 – 30 Jun 1969

Lt Kol Ahmad bin Hj Ab Kadir 01 Jul 1969 – 06 Mac 1970

Lt Kol Badaruddin bin Ismail 07 Mac 1970 – 6 Mei 1972

Lt Kol Ali bin Dollah 07 Mei 1972 – 31 Dis 1974

Lt Kol Yahya bin Yusof 01 Jan 1975 – 31 Dis 1976

Lt Kol Abd Rahman bin Nor 01 Jan 1977 – 7 Ogos 1979

Lt Kol Ali bin Hj Musa 08 Ogos 1979 – 12 Mac 1981

Lt Kol Ridzuan bin Samsudin 13 Mac 1981 – 30 Jun 1984

Lt Kol Maat bin Hj Abd Rahman 01 Jul 1984 – 30 Jun 1987

Lt Kol Abu Bakar bin Hassan 01 Jul 1987 – 31 Mac 1990

Lt Kol Hj Hatimtai bin Hj Jaafar 01 Apr 1990 – 01 Jun 1992

Lt Kol Amiruddin bin Mohd Ali 02 Jun 1992 – 14 Jun 1994

Lt Kol Mahdi bin Yusof 15 Jun 1994 – 31 Ogos 1995

Lt Kol Wan Ramli bin Abu Bakar 01 Sep 1995 – 31 Ogos 1997

Lt Kol Azizan bin Md Delin 01 Sep 1997 – 26 Dis 1998

Lt Kol Mohd Hassan bin Loman 27 Dis 1998 – 04 Mac 2001

Lt Kol Hashim bin Aman Shah 05 Mac 2001 – 01 Jan 2003

Lt Kol Mohd Mahmud bin Ahmad 02 Jan 2003 – 06 Jul 2004

Lt Kol Subari bin Hj Tomo 07 Jul 2004 – 30 Jun 2006

Lt Kol Kamarudzaman bin Mohd Thani 01 Jul 2006 – 23 Feb 2008

Lt Kol Azman bin Hj Mohamad Yasin 23 Feb 2008 -16 Feb 2010

Lt Kol Mohd Yusof bin Nor 17 Feb 2010 –

 

Sarjan Mejar Rejimen

2919 PW I Mahad bin Rahman Jan 63 – Okt 64

6489 PW I Hashim bin Daud Okt 64 – Jan 65

3719 PW I Abd Rahim bin Jusoh Jan 65 – Dis 68

5199 PW I Aris bin Hashim Jan 69 – Sep 71

13510 PW I Wahab bin Idris Sep 71 – Feb 72

10925 PW I Mustapha bin Yahya Feb 72 – Feb 75

11816 PW I Khamis bin Dollah Feb 75 – Mei 79

13941 PW I Muhamad bin Sulaiman Mei 79 – Mei 83

928757 PW I Mat Ali bin Hassan Mei 83 – Mei 86

928832 PW I Othman bin Idris Mei 86 – Sep 88

23018 PW I Abd Malik bin Hussin Sep 88 – Sep 90

211638 PW I Ramli bin Jusoh Sep 90 – Apr 92

932348 PW I Seni bin Sari Apr 92 – Jan 95

1021354 PW I Johari bin Ramli Jan 95 – Jul 97

1023185 PW I Lajat bin Jaafar Jul 97 – Dis 99

1024201 PW I Jamil bin Nordin Dis 99 – Mei 2001

1072195 PW I Azman bin Senen Mei 2001 – Ogos 03

1069908 PW I Ruzane bin Mat Rawi Ogos 03 – Jan 08

1085466 PW I Abdul Yasser bin Abdul Ghani Jan 08

 

PERISTIWA BERSEJARAH PASUKAN

Sejak penubuhannya, 8 RAMD telah terlalu banyak berjasa kepada bumi keramat ini. Yang tidak diterlupakan adalah operasi membenteras penjenayah komunis di dalam operasi JALA RAJA dan operasi MUSI JUGAN di Sarawak, selain itu, operasi PENGHANCURAN, BURU, HENTAM dan GAWAI juga di Sarawak dan Operasi INDERA di Pahang telah meninggalkan cerita bangga dan duka pasukan. Di samping itu, Operasi KOTA di sempadan Malaysia-Thailand dan Operasi MERPATI di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga telah dilalui pasukan. 8 RAMD juga pernah ditugaskan untuk mengawasi keselamatan pulau-pulau di perairan Sabah.

Namun dari sekian operasi yang dijalankan, tugas untuk membenteras pengganas komunis telah merakam suka dan duka perjuangan. Sejak 1963 bergelumang dengan kepayahan untuk mengekalkan keselamatan negara, pasukan berjaya membunuh 35 orang pengganas komunis dan 22 orang berjaya ditawan. Dalam pada itu, 9 anggota pasukan telah gugur dan 21 orang mengalami kecederaan.

Batalion telah terlibat dengan oprasi dizaman konfrantasi dimana telah diaturgerakkan di kawasan Johor. Beberapa kejadian semasa operasi tersebut adalah seperti berikut:

A. Pada 13 Okt 1964, Kompeni C berjaya menawan 2 TNI semasa pertempuran di kawasan Parit Wak Jabar, Pontian.

B. Pada 24 Okt 1964, Kompeni A berjaya menawan seorang TNI dan membunuh seorang TNI di Sg Marang .Pontian.

C. Pada 24 1964 pasukan berjaya membunuh seorang lagi berpangkat Sjn di kawasan Sg Marang Pontian.

D. Pada 25 okt 1965, pasukan berjaya membunuh 3 PGT dimana seorang berpangkat Sarjan mejar di Parit Tenggayon, Pontian.

E. Pada 26 Dis 1964, kompeni C berjaya membunuh 12 TNI di kawsaan Tangjung Balau, johor.

F. Pada Nov 1965, Semasa di Tawau Sabah. Pasukan berjaya membunuh 3 TNI di Meruntai, Seorang terbunuh di Sg Limau, Sebatik dan seorang TNI berpangkat sarjan terbunuh di Simpang Tiga Sebatik.

 

ANUGERAH KEPADA YANG BERJASA 

Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)

Telah dianugerahkan kepada Lt M Abdul Razak bin Hussain (410293) atas semangat juang dan keberanian yang ditunjukkan olehnya ketika mengetuai Platun Tiger di dalam Operasi MUSI JUGAN pada 1 Nov 1970. Pertempuran di Tanjung Durian, Bau, Sarawak tersebut telah mengorbankan Lt M Abdul Razak bin Hussain dan seorang anggotanya iaitu 16632 Pbt Othman bin Bak mengalami cedera parah. Di pihak musuh seorang berjaya dibunuh, Lt M Abdul Razak bin Hussain telah dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) pada 1 Nov 1971. Pingat SP adalah pingat keberanian tertinggi negara. 

Pingat Gagah Perwira (PGP)

Pingat Gagah Perwira adalah pingat keberanian Negeri Pahang. Ianya telah dianugerahkan kepada 22753 Kpl Shaari bin Deris (Allahyarham) dan 1057244 Pbt Ishak bin Wan Adam bagi menghargai jasa mereka yang telah berjaya membunuh dua orang pengganas komunis di Ladang Kemasul, Mengkarak, Pahang pada 8 Jun 1982. 

Pisau Komando

Telah dianugerahkan kepada 1022853 SSjn Nordin bin Md Akip, Kpl Ismail bin Mahmud dan Kpl Sabat bin Yusof. Anugerah Pisau Komando, hanyalah untuk mereka yang telah menunjukkan sifat keberanian ketika bertempur dengan pengganas komunis semasa Operasi INDERA di Pahang Barat. 

Pingat Kepujian Perutusan Keberanian (KPK)

Telah dianugerahkan kepada Lt M Anuar Ibrahim bin Md Nor dan 10796 Kpl Hussin bin Redwan atas keberanian dan penugasan cemerlang dalam membenteras lanun di Pulau Sebatik, Sabah. Pingat KPK juga telah dianugerahkan kepada 1022853 SSjn Nordin bin Md Akip dan 601899 Pbt Sani bin Abdullah atas kejayaan mereka membunuh seorang pengganas komunis di Bentong, Pahang pada 25 Mac 1986.

 

MEREKA YANG TERKORBAN DAN TERCEDERA

Terkorban

Seramai 9 perwira pasukan telah terkorban dalam melaksanakan tugas operasi. Sama-samalah kita mendoakan agar roh mereka ditempatkan di kalangan para solehin dan shuhada. Mereka yang gugur ialah:

Leftenan Muda Abdul Razak bin Hussain (410293) – Op MUSI JUGAN

10337 LKpl Omaran bin Ahmad – Op HENTAM

6821 Pbt Mahat bin Gudak – Op HENTAM

8050 Pbt Mat Omar bin Mat Tahir – Op HENTAM

10282 Pbt Abd Majid bin Abu – Op HENTAM

18850 Pbt Shaary @ Nasir bin Yahya – Op HENTAM

26559 Pbt Ismail bin Hamat – Op KOTA

22753 Kpl Shaari bin Deris – Op INDERA

29948 Kpl Che Hassan bin Che Wok – Op INDERA.

Tercedera

Seramai 21 anggota pasukan 8 RAMD telah mengalami kecederaan ketika melaksanakan tugas operasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s