KEPTEN YANG DIPERTUA (CAPTAIN-IN-CHIEF) TLDM YANG PERTAMA

Image

DYMM Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Ibrahim Al-Masyhur diputerakan pada 28 Oktober 1894 di Istana Semayam, Johor Bahru. Baginda merupakan putera sulung kepada DYMM Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan Almarhumah Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid. Baginda telah berkahwin dengan Ungku Aminah binti Ungku Ahmad, iaitu saudara dua pupu Baginda pada 30 Ogos 1920. Hasil perkahwinan, baginda dikurniakan dua orang putera iaitu Yang Amat Mulia Tunku Mahmood Iskandar dan Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman serta seorang puteri iaitu Yang Amat Mulia Tunku Maimunah.  

Baginda ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 7 September 1895 sebelum Baginda berusia genap setahun sehingga kemangkatan Ayanhandanya pada 8 Mei 1959. Baginda diisytiharkan pada 6 Jun 1959 dan selamat dimahkotakan pada 10 Februari 1960 bersamaan 13 Syaban 1397H di Istana Besar, Johor Bahru.

Sepanjang tampuk pemerintahan Baginda menjadi Sultan, Baginda telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap hal-hal kebajikan rakyat jelata serta mengambil langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya. Baginda sentiasa berusaha ke arah menjadikan Negeri Johor sebagai sebauh negeri yang makmur dan berjaya dalam pembangunan.

Dalam bidang pertahanan pula, Baginda mengambil-alih kesinambungan pemerintahan ayahandanya sebagai Kolonel Komandan Askar Timbalan Setia Negeri dan juga merupakan Kepten Kehormat TLDM pada 1960 sehingga 1981. Baginda sering dilihat memakai pakaian seragam tentera dalam kebanyakan majlis samada majlis diraja atau majlis bersama rakyat. Baginda juga turut memakai pakaian seragam tentera semasa Baginda dimahkotakan sebagai DYMM Sultan Johor.

Pada bulan April 1981, Baginda telah gering dan mangkat pada 10 Mei 1981 bersamaan 6 Rejab 1401H jam 6.12 petang di Hospital Besar Johor Bahru. DYMM dimakamkan di Bukit Mahmoodiah Johor Bahru pada 11 Mei 1981.

Bagi mengenang jasa dan bakti yang diberikan semasa pemerintahan DYMM Almarhum Sultan Ismail, TLDM telah mengabdikan nama Baginda selaras dengan pembangunan dan perkembangan Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, KD SULTAN ISMAIL (KDSI), yang terletak di bawah jajahan takluk Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Selain itu juga, pemilihan nama tersebut merupakan satu pilihan yang tepat kerana penglibatan Almarhum semasa hayat Baginda dengan angkatan laut pada masa itu merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan TLDM kepada pemerintahan institusi raja khususnya Kesultanan Johor.

Artikel berkaitan:

KEPTEN YANG DIPERTUA (CAPTAIN-IN-CHIEF) TLDM YANG KE-2

KEPTEN YANG DIPERTUA (CAPTAIN-IN-CHIEF) TLDM YANG KE-3

KEPTEN YANG DIPERTUA (CAPTAIN-IN-CHIEF) TLDM YANG KE-4

Sumber: Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s