KEPTEN YANG DIPERTUA (CAPTAIN-IN-CHIEF) TLDM YANG KE-3

Image

Tarikh 26 April 1984 merupakan tarikh keramat bagi seluruh warga The Navy People kerana pada masa itulah Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah secara rasminya dilantik oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memegang jawatan Kepten Yang Dipertua TLDM. Baginda memegang jawatan tersebut  selama 17 tahun setelah Baginda mangkat pada 21 November 2001. Jawatan Kepten Yang Dipertua TLDM ini kemudiannya disandang oleh anakanda Baginda, iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

PENGLIBATAN DALAM PERKHIDMATAN 

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj merupakan seorang yang telah mendapat pendidikan dan latihan di dalam bidang ketenteraan. Sewajarnyalah Baginda diberikan penghormatan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melantik Baginda menjadi Kepten Yang Dipertua (Captain-In-Chief) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Jawatan ini disandang Baginda mulai 26 April 1984 yang lalu untuk menggantikan jawatan Kolonel Yang Di Pertua Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipegang oleh Baginda sejak tahun 1966 lagi. Selari dengan jawatan baru yang disandangnya itu maka Baginda dalam suatu istiadat yang bertradisi telah merasmikan sebuah daripada unit TLDM iaitu KD PELANDOK pada 22 Ogos 1984.

Dalam titah ucapan perasmian ini, Baginda merasa gembira terhadap pencapaian TLDM sejak ianya ditubuhkan hinggalah ke hari ini.

KD PELANDOK adalah Pusat Latihan TLDM dimana anggota-anggotanya menjalani berbagai kursus mengikuti kepakaran mereka. Sesuai dengan nama „pelanduk‟, yakni seekor haiwan yang pintar, Baginda berharap agar anggota TLDM menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan semasa menghadapi kecemasan untuk menjaga imej negara. Di sinilah Baginda juga berharap KD PELANDOK dapat melahirkan perwira-perwira yang mempunyai tanggungjawab, dedikasi dan disiplin yang kukuh bagi menjaga keamanan negara. Di samping itu, Baginda turut menyatakan harapan dan hasrat Baginda agar gejala yang tidak sihat jangan dibiarkan menular di kalangan anggota-anggota TLDM. Sebaliknya Baginda menyeru agar tugas mempertahankan negara sebagai satu ibadat agama yang selama ini menjadi amalan angkatan tentera negara ini hendaklah dikekalkan.

Keamanan dan kebahagiaan hidup masyarakat sentiasa dicita-citakan oleh Baginda. Selaras dengan ini Baginda mahukan agar TLDM menjadikan disiplin sebagai tulang belakang anggota-anggotanya bagi tujuan yang disebutkan tadi.

Sesungguhnya, seruan dan harapan yang dititahkan oleh Baginda sewaktu merasmikan pelancaran KD PELANDOK ini adalah sebenarnya sejajar dan selari dengan cita-cita kerajaan pada masa ini untuk menerapkan nilai-nilai agama Islam Yang Maha Suci, iaitu dari segi tugas dan fungsi berbagai pihak yang mentadbir negara ini dalam segi menjalankan pentadbiran. Di antara nilai-nilai itu termasuklah mencintai dan bertanggungjawab mempertahankan negara sebagai yang dituntut oleh agama Islam, mempunyai sifat amanah, jujur dan ikhlas terhadap badan atau institusi yang mentadbir, memiliki rasa tanggungjawab dan penuh dedikasi terhadap tugas dan kerja yang diberikan ke atas individu; menganalkan sikap sentiasa bekerjasama di dalam sesuatu kelompok masyarakat secara kolektif, bukan secara individualisme dan sentiasa cintakan kedamaian dan keharmonian hidup masyarakat.

Artikel berkaitan:

KEPTEN YANG DIPERTUA (CAPTAIN-IN-CHIEF) TLDM YANG PERTAMA

KEPTEN YANG DIPERTUA (CAPTAIN-IN-CHIEF) TLDM YANG KE-2

KEPTEN YANG DIPERTUA (CAPTAIN-IN-CHIEF) TLDM YANG KE-4

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s