PERBARISAN DIRAJA ARMADA ANTARABANGSA (INTERNATIONAL ROYAL FLEET REVIEW) PULAU PINANG 1990

Banner

Perbarisan Diraja Armada (Royal Fleet Review) adalah warisan tradisi British, yang mana Raja bertakhta memeriksa armada perang negaranya. Tradisi bermula sejak abad ke 14. King Edward III menjadi pelopor tradisi ini pada bulan Jun 1346 sebelum belayar untuk berperang dengan negara Perancis. Upacara sebegini asalnya bertujuan mengerakkan kapal untuk berperang, atau mempamerkan kekuatan (show of strength) untuk mencegah tindakan musuh.

Walau bagaimana pun, sejak abad ke 19, upacara sebegini kerap diadakan sempena hari pertabalan atau sambutan khas Jubli Diraja. Bermula dari abad ke-19 sambutan upacara ini dilebarkan dengan penglibatan kapal tentera laut antarabangsa untuk mengambil bahagian. Kini upacara ini telah dijadikan salah satu aktiviti sambutan oleh lain-lain negara sempena sambutan jubli khas masing-masing.

International Fleet Review

Gambar kapal mengambil bahagian bersauh dalam formasi untuk upacara Pemeriksaan Diraja Armada oleh DYMM Sri Paduka Yang Dipertuan Agong

Malaysia turut menganjurkan acara Perbarisan Diraja Armada Antarabangsa (PDAA 1990) ulungnya pada 1990 di Pulau Pinang. Acara ini berlangsung TLDM sempena sambutan ulang tahun ke -55 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Sambutan Tahun Melawat Malaysia 1990.

Sebuah Ahli Jawatankuasa Bersama International Fleet Review Penang 1990 yang diterajui oleh Ketua Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang dan Panglima Tentera Laut ketika itu telah ditubuhkan. Jawatankuasa kecil sambutan upacara ini pula diterajui oleh Laksamana Pertama Dato’ Khairuddin bin Abdul Rahman. TLDM, Kementerian Pertahanan, pihak berkuasa tempatan (Suruhanjaya Pelabuhan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Belia dan Sukan dan Majlis Perbandaran) Pulau Pinang, Kementerian Kebudayaan dan Perlancongan, Polis Diraja Malayisa, dan beberapa agensi kerajaan Malaysia dan pihak swasta telah berganding bahu dengan penuh komited sehingga berjaya melaksanakan upacara bersejarah ini dengan gilang gemilang.

Upacara bersejarah ini turut mendapat sokongan melalui perutusan dari pelbagai peringkat terutamanya Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Kepten yang Dipertua TLDM, DYMM Sultan Selangor turut hadir memberikan sokongan moral dengan menyaksikan persiapan upacara ini.

Perbarisan Diraja Armada Antarabangsa yang telah berlangsung pada 17 hingga 21 Mei 1990 telah dicatat sebagai peristiwa yang paling besar maknanya dalam sejarah TLDM dan negara. Ia akan diingati sebagai salah satu acara terbesar berjaya pernah dianjurkan oleh TLDM. Tidak dapat dinafikan, Perbarisan Diraja Armada Antarabangsa adalah acara paling gilang-gemilang dengan mendapat sambutan dari pengunjung dalam dan luar negara.

Sejumlah 59 buah kapal-kapal perang yang terbesar dan termoden mengambil bahagian dalam perbarisan ini, di samping kira-kira 11,000 anggota tentera laut dari 21 buah negara, termasuk Malaysia. Antara kapal-kapal perang yang menjadi perhatian ramai ialah USS BUNKER HILL, sebuah cruiser kelas Aegis daripada Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat yang berpangkalan di Yukosuka, Jepun dan BPK ADMIRAL TRIBUTS, sebuah kapal pemusnah Udaloy daripada Armada Pasifik Tentera Laut Soviet Union yang berpangkalan di Vladivostok.

Tidak kurang hebatnya ialah kapal-kapal pemusnah tentera laut Jepun JDS HARUYUKI dan JDS SETOYUKI, kapal pemusnah Tentera Laut Diraja Britain HMS CARDIFF dan kapal perang dari negara Australia, Bangladesh, Brunei Darussalam, Itali, Oman, Singapura, Indonesia, Perancis, Turki, Sri Lanka, New Zealand, India, Thailand, dan Malaysia.

Acara kemuncak ialah Pemeriksaan Armada oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Sejurus selepas KD LEKIR melepaskan 21 das tembakan meriam, Kapal Pemeriksaan KD MUTIARA yang membawa DYMM Yang Di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah, diiringi Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan lain-lain orang kenamaan, belayar dari Dermaga Swettenham untuk memulakan pemeriksaan ke atas kapal mengambil bahagian yang bersauh dalam formasi. Kapal Pemeriksa belayar di depan kapal-kapal mereka. Tentera Laut Soviet dan Perancis memberi tabik hormat yang istimewa dengan memainkan lagu kebangsaan mereka dan “NEGARAKU”. Di akhir perbarisan, lima buah helikopter WASP TLDM dan tiap-tiap sebuah dari India, Indonesia, Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Perancis dan New Zealand membuat lintas hormat sambil membawa sepanduk “Daulat Tuanku” dan ensign TLDM.

Sepanjang lima hari yang bersejarah itu, Pulau Pinang berubah menjadi sebuah pentas pesta. Beribu-ribu pelawat dihiburkan dengan pelbagai acara seperti pertunjukan pentas, kebudayaan, demonstrasi chingay dan silat, upacara regatta, perlumbaan Bot Naga dan beca. Kumpulan pancaragam tentera laut dari Amerika Syarikat, Somalia, Bangladesh, Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Russia, Jepun, India, Oman, dan Britain mendendangkan lagu popular untuk hiburan para pengunjung.

Namun begitu, satu-satunya acara yang paling menarik adalah upacara Freedom of Entry untuk TLDM dan kapal tentera laut yang mengambil bahagian dalam perbarisan mengelilingi bandaraya Pulau Pinang. Seramai 3,000 anak-anak kapal dan pegawai-pegawai mereka telah berbaris melalui jalan-jalan utama bandaraya Georgetown tanpa menghiraukan hujan yang turun renyai-renyai. Mereka menerima tepukan semangat daripada penonton yang berbaris sepanjang laluan mereka.

Kontinjen Australia

Kontinjen Australia

Perbarisan DiRaja Armada Antarabangsa akan tetap menjadi kenangan manis. Kepada mereka yang tidak atau belum menyaksikan upacara sebegini, terpaksalah mereka menunggu upacara yang lain di masa-masa akan datang, yang mungkin akan diadakan pada tahun 2043 sempena manyambut ulangtahun TLDM yang ke-100.

Perancis

Kontinjen Perancis

India

Kontinjen India

Thailand

Kontinjen Thailand

UK

Kontinjen UK

US

Kontinjen Amerika Syarikat

Sumber: Portal TLDM  & Sholim

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s