KD SULTAN BADLISHAH

Mawilla 3

KD SRI LANGKAWI (KDSL) yang terletak di kawasan Bukit Malut Pulau Langkawi telah ditubuhkan pada 1 Mei 07. Penubuhan unit ini  berdasarkan perjawatan FED (M) No. 2331/1/07 bertarikh 24 Apr 07 dan berkuatkuasa mulai 1 Mei 07. Nama KDSL diambil sempena nama sebuah kapal TLDM jenis Landing Ship Tank (LST) yang telah dilucutkan tauliah pada tahun 80an. KDSL beroperasi berdasarkan keanggotaan yang diperjawatkan dengan mandat sebagai sebuah unit sokongan di bawah pentadbiran Markas Wilayah Laut (MAWILLA) 3.  Unit ini berperanan dalam aspek pentadbiran, kebajikan, hal-ehwal warga TLDM di Langkawi dan bantuan logistik untuk pangkalan TLDM Langkawi.

Pangkalan strategik ini berperanan sebagai pemantau kemasukan kapal-kapal ke perairan Selat Melaka di samping bertanggungjawab menjaga keutuhan dan integriti perairan Barat Laut Semenanjung Malaysia.

warriorsea.blogspot

Kredit: warriorsea.blogspot.com

Setelah hampir 3 tahun KDSL beroperasi, pucuk pimpinan TLDM melalui Mesyuarat JLAKS ke-44 telah mengambil keputusan untuk menukarkan nama KD SRI LANGKAWI kepada KD SULTAN BADLISHAH (KDSB). Pertukaran nama ini dibuat setelah mengambil kira sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada TLDM dengan meluluskan pembinaan pangkalan TLDM di Langkawi dan penghormatan TLDM yang tidak berbelah bagi kepada institusi Diraja khasnya Kesultanan Negeri Kedah Darul Aman. Walaupun nama KDSL ditukar kepada KDSB namun peranan dan fungsinya tetap sama.

PENTAULIAHAN

KD SULTAN BADLISHAH telah ditauliahkan pada 2 Dis 09 bersamaan 15 Zulhijjah 1403H oleh DYMM Sultan Kedah, Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah DYMM Sultanah Kedah di Padang Kawad KD SULTAN BADLISHAH.

kdsb

FUNGSI DAN PERANAN

  • Unit pelaksanaan pentadbiran Pangkalan TLDM Langkawi.
  • Menguruskan pentadbiran Pangkalan TLDM Langkawi yang merangkumi aspek keselamatan, keanggotaan, senggaraan pangkalan dan kesihatan.
  • Terlibat secara langsung dengan agensi tempatan serta turut memberi bantuan dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar Langkawi.

PENERANGAN LOGO

Lambang Bulan Sabit dan Bintang serta Tulisan Allah dan Muhammad pada Mahkota. Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.

Mahkota. Memartabatkan institusi Diraja sebagai lambang kedaulatan negara.

Tulisan SULTAN BADLISHAH. Merupakan nama unit iaitu KD SULTAN BADLISHAH.

Tali bersimpul. Melambangkan perpaduan dalam kalangan warga unit untuk merealisasikan visi dan misi yang ditetapkan.

Tengkolok. Merupakan lambang rasmi kesultanan negeri Kedah.

Sauh. Menggambarkan salah satu unit dalam TLDM.

Bunga Padi. Merupakan lambang utama bagi negeri Kedah yang juga dikenali sebagai Jelapang Padi Negara.

Warna Hijau. Negeri yang aman dan salah satu warna pilihan negeri Kedah.

Bunga Raya. Merupakan bunga rasmi Malaysia.

Tulisan SEDIA BERKORBAN. Slogan TLDM yang sentiasa menurut arahan demi kepentingan dan kedaulatan negara.

 

Sumber: Portal TLDM

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s