PENGAMBILAN TERBUKA LASKAR MUDA (LELAKI/WANITA) TLDM

Kerjaya TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia dan beliawanis tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki dan wanita di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

KELAYAKAN AKADEMIK

• Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

• Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan

LAIN-LAIN SYARAT KELAYAKAN

• Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 18 Nov 2013.
• Penglihatan dan Pengecaman warna yang baik.
• Diperakui sihat dan tidak cacat anggota.
• Syarat minima ukuran fizikal:

Tinggi – 162 m (Lelaki ) 160 m (Wanita),
Berat – 47.5 kg (Lelaki ) 46.5 kg (Wanita),
BMI – 18-25 (berat/ tinggi x tinggi)
Dada – Biasa 76 cm, Kembang 81 cm.

• Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.

PERMOHONAN

• Calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara online di laman sesawang www.jobsmalaysia.gov.my mulai 29 Jul 2013 hingga 31 Ogos 2013.

KEISTIMEWAAN

• Pakaian seragam percuma.
• Sajian dan penginapan percuma.
• Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
• Waren perjalanan tahunan percuma untuk cuti bersama keluarga.
• Bayaran Insentif Sabah dan Sarawak bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
• Bayaran Insentif Semenanjung Malaysia (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
• Peluang mengikuti pengajian di bawah Program Skim Pengajian Tinggi.
• Kemudahan pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP) Telefon: 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 6925
Laman Web: www.navy.mil.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s