Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD)

Image

Pasukan 8 RAMD telah ditubuhkan di Kementerian Pertahanan pada 23 Julai 1962 dan merupakan batalion kedua yang ditubuhkan diluar Port Dickson iaitu di Tapah, Perak. Objektif penubuhannya adalah untuk memperkasa kekuatan pertahanan dan mengekalkan keselamatan negara. Tambahan pula negara ketika itu masih dihantui oleh hambatan keselamatan selepas tamat darurat pertama pada tahun 1960. Penempatan (kem) yang pertama adalah di Kem Bukit Temoh, Tapah, Perak. Sejak ditubuhkan, batalion ini telah diperintah oleh Pegawai Memerintah seramai 24 orang. Pegawai Memerintah yang pertama iaitu Lt Kol Othman bin Ibrahim telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah pertama. Continue reading

Advertisements

PERATURAN-PERATURAN ATM (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013

PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA
“Kerajaan telah meluluskan peraturan baru “Peraturan-peraturan Angkatan Tetap (Terma-terma Perkhidmatan) 2013” ┬ábagi menggantikan penggunaan QRRN 1967 dan Syarat-syarat Perkhidmatan Tentera Darat dan Tentera Udara 1961. Usaha mengadakan peraturan baru bagi menggantikan undang-undang lama telah dimulakan semenjak 1994 lagi namun menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Usaha ini terancat setiap kali ahli dari Jabatan Peguam Negara bertukar keluar dan ahli-ahli baru tidak memahami konsep dan keperluan undang-undang serta pengoperasian peraturan tersebut. Continue reading

KANUN DAN AKTA YANG BERKAITAN DENGAN KESALAHAN-KESALAHAN TERHADAP PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Jata Negara

1. KANUN KESIKSAAN (N.M.B Bab 45)

Seksyen 140. Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

Continue reading