KAPAL LATIHAN TLDM: KD GAGAH SAMUDERA

Untitled
KD GAGAH SAMUDERA  adalah sebuah aset terbaru di dalam flotila TLDM dan merupakan kapal yang pertama dibina bagi memenuhi keperluan latihan seluruh warga TLDM.Upacara Penamaan dan Pelancaran kapal latihan GAGAH SAMUDERA ini telah disempurnakan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd Sijangkang pada 14 Dis 12 lalu.

Sejarah KD SRI KLANG

kdsk

Pada asalnya merupakan ibu pejabat Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaya yang kemudiannya menjadi sebuah unit dan diberikan nama KD SRI KLANG. Pada awalnya bertapak di Masjid Negara Kuala Lumpur pada tahun 1954, sebelum berpindah ke Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 1957. Apabila Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditubuhkan pada 1963, maka pasukan simpanan tentera laut dikenali sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia(PSSTLDM) sehingga kini.

Continue reading

PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA LELAKI/WANITA PSSTLDM

Image

KD SRI KLANG mempelawa Warganegara Malaysia sekitar Lembah Klang yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia (PSSTLDM).

Lokasi: KD SRI KLANG, Pangkalan TLDM Pulau Indah

Tarikh: 11 dan 12 Mei 2013

Masa : 9.00 pagi

Continue reading

PENGAMBILAN BAKAL PERAJURIT MUDA PSSTLDM

LANGKAH 1: Mendaftar Masuk

Calon-calon yang berminat untuk menyertai PSSTLDM boleh berhubung terus dengan unit-unit berhampiran atau membuat permohonan melalui borang yang disediakan oleh unit-unit PSSTLDM. Borang permohonan untuk unit KD SRI KLANG boleh dimuat turun [DI SINI]. Pastikan calon mempunyai kelayakan fizikal dan akademik yang diperlukan sebelum untuk memohon memasuki PSSTLDM. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui pos atau faksimili ke unit-unit berkenaan pada bila-bila masa. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda PSSTLDM. Calon-calon diminta supaya sentiasa berhubung dengan unit PSSTLDM atau melayari laman web rasmi (sekiranya ada) untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesi pemilihan tersebut. Alamat dan nombor telefon unit-unit PSSTLDM boleh diperolehi [DI SINI]. Pada peringkat ini, salinan dan dokumen asal seperti Sijil Lahir, Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil SPM dan sijil-sijil akademik lain hendaklah disediakan.

Continue reading