TINGGALAN SEJARAH DI KD SULTAN ISMAIL: THE PENGERANG COASTAL BATTERY

map_location

KD SULTAN ISMAIL merupakan sebuah pangkalan TLDM yang berfungsi sebagai pusat latihan perajurit muda yang telah dibuka pada tahun 2000 dengan nama pusat latihan rekrut TLDM(PULAREK TLDM). Pada tanggal 18 Februari 2005 PULAREK telah di tauliahkan dengan nama KD SULTAN ISMAIL (KDSI). Dengan keluasan 200 ekar, pusat latihan ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti latihan untuk Perajurit Muda TDLM. Walaupun usia penubuhan pusat latihan ini telah melebihi 10 tahun namun mungkin tidak semua rakyat mahupun anggota TLDM sendiri tahu bahawa pusat latihan ini dibina dibawah tapak tinggalan sejarah era Perang Dunia Kedua (World War II). Continue reading

Advertisements

PERATURAN-PERATURAN ATM (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013

PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA
“Kerajaan telah meluluskan peraturan baru “Peraturan-peraturan Angkatan Tetap (Terma-terma Perkhidmatan) 2013”  bagi menggantikan penggunaan QRRN 1967 dan Syarat-syarat Perkhidmatan Tentera Darat dan Tentera Udara 1961. Usaha mengadakan peraturan baru bagi menggantikan undang-undang lama telah dimulakan semenjak 1994 lagi namun menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Usaha ini terancat setiap kali ahli dari Jabatan Peguam Negara bertukar keluar dan ahli-ahli baru tidak memahami konsep dan keperluan undang-undang serta pengoperasian peraturan tersebut. Continue reading

LAWATAN MUHIBAH EMPAT KAPAL TENTERA LAUT INDIA

8745903713_c6f96544d9_c

PELABUHAN KLANG, 25 Mei (Bernama) — Empat buah kapal Tentera Laut India dari Armada Timur yang ditugaskan ke Laut China Selatan dan Pasifik Barat berlabuh di sini.

Kapal-kapal itu Frigat Satpura, Pemusnah Ranvijay, Korvet Kirch dan kapal tangki Shankti yang membawa kira-kira 800 orang kru sedang mengadakan lawatan muhibah antara pertengahan Mei dan Jun.

Continue reading

KANUN DAN AKTA YANG BERKAITAN DENGAN KESALAHAN-KESALAHAN TERHADAP PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Jata Negara

1. KANUN KESIKSAAN (N.M.B Bab 45)

Seksyen 140. Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

Continue reading