KEPTEN YANG DIPERTUA (CAPTAIN-IN-CHIEF) TLDM YANG KE-2

Sultan Iskandar

DYMM Sultan Iskandar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Ismail

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Ngee Heng, kemudian di English College School (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar), dan seterusnya Baginda menuntut di Australia dan di England.   Continue reading

Advertisements

KEPTEN YANG DIPERTUA (CAPTAIN-IN-CHIEF) TLDM YANG PERTAMA

Image

DYMM Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Ibrahim Al-Masyhur diputerakan pada 28 Oktober 1894 di Istana Semayam, Johor Bahru. Baginda merupakan putera sulung kepada DYMM Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan Almarhumah Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid. Baginda telah berkahwin dengan Ungku Aminah binti Ungku Ahmad, iaitu saudara dua pupu Baginda pada 30 Ogos 1920. Hasil perkahwinan, baginda dikurniakan dua orang putera iaitu Yang Amat Mulia Tunku Mahmood Iskandar dan Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman serta seorang puteri iaitu Yang Amat Mulia Tunku Maimunah.   Continue reading

PENGARUH DIRAJA: PENAMAAN UNIT/PASUKAN TLDM

KDSI

Pengaruh institusi beraja juga dapat dilihat melalui penamaan unit di dalam TLDM. Sebagai contoh, Pusat Latihan Rekrut (PULAREK) TLDM yang terletak di Tanjung Pengelih telah diberi nama KD SULTAN ISMAIL (KDSI). Nama tersebut dipilih bagi mengabdikan Sultan Johor yang ke-23 iaitu Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Ibrahim Al-Masyhur selaku Kepten Yang Dipertua TLDM yang pertama. Continue reading

Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD)

Image

Pasukan 8 RAMD telah ditubuhkan di Kementerian Pertahanan pada 23 Julai 1962 dan merupakan batalion kedua yang ditubuhkan diluar Port Dickson iaitu di Tapah, Perak. Objektif penubuhannya adalah untuk memperkasa kekuatan pertahanan dan mengekalkan keselamatan negara. Tambahan pula negara ketika itu masih dihantui oleh hambatan keselamatan selepas tamat darurat pertama pada tahun 1960. Penempatan (kem) yang pertama adalah di Kem Bukit Temoh, Tapah, Perak. Sejak ditubuhkan, batalion ini telah diperintah oleh Pegawai Memerintah seramai 24 orang. Pegawai Memerintah yang pertama iaitu Lt Kol Othman bin Ibrahim telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah pertama. Continue reading

PERATURAN-PERATURAN ATM (TERMA-TERMA PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP) 2013

PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TENTERA
“Kerajaan telah meluluskan peraturan baru “Peraturan-peraturan Angkatan Tetap (Terma-terma Perkhidmatan) 2013”  bagi menggantikan penggunaan QRRN 1967 dan Syarat-syarat Perkhidmatan Tentera Darat dan Tentera Udara 1961. Usaha mengadakan peraturan baru bagi menggantikan undang-undang lama telah dimulakan semenjak 1994 lagi namun menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Usaha ini terancat setiap kali ahli dari Jabatan Peguam Negara bertukar keluar dan ahli-ahli baru tidak memahami konsep dan keperluan undang-undang serta pengoperasian peraturan tersebut. Continue reading